Thursday, March 7, 2013

I CHOOSE TO CHANGE


Bismilllahirahmanirahim (dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani).

Assalamualaikum dan di doakan semoga semua sentiasa berada dalam lindungan Allah S.W.T.  
Tak lupa juga buat seluruh umat Islam diserata dunia yang ditindas dan bertarung nyawa mempertahankan Islam moga Allah sentiasa memberi kekuatan buat pejuang-pejuang Nya.  Aminn.

“Apa khabar para pembaca sekalian??.” Ecewah bajet blog hang ada pelawat. Hahaha

0k sebelum ni tak pernah rasa nak publish pon apa yang aku tulis kat sini sebab aku tulis pasal diri aku ja n ada la orang yang berkaitan jugak dalam hidup aku turut menjadi watak yang tidak kurang pentingnya. Kira ni blog yg bergenre ‘syok sendiri’ laa. Tapi takpa, kepada yang tetiba tersampai kat sini sebab nampak aku promote, Terima kasih dan selamat datang naa. Mungkin saja singgah sat sebab tengah bosan tak tau nak buat apa ataupun ada yang jenis jari tu suka nak click2 kan, turut dialu-alukan. Sebab nya entry kali ni aku rasa macam nak berkongsi sesuatu yang berfaedah n berguna kepada sapa2 yang berminat dan sedar betapa mencabar nya hidup zaman sekarang. Tapi nak pesan dulu la ea, entry ni mungkin panjang dan kepada yang dah start baca harap dapat baca sampai abis. Macam org putih duk kata tula ‘don’t judge a book by its cover’, supaya apa yang aku nak cerita ni sampai kepada pembaca. harap sangat baca sampai habis na.


I CHOOSE TO CHANGE… n hopefully dengan izin Allah it is for a better life, not only for me but everyone surround me. Berubah apa nya ni cik kiah?? Hihi.. yang doa sentiasa dapat berubah jadi lebih baik dimata Allah tu memang yang utama la kan. Tapi ni berubah lain sikit. Aku pilih untuk ubah cara  belanja aku dan pada masa yang sama saving untuk masa depan. Sebelum ni ada jugakla menyimpan sikit sebab dulu kecik2 ada belajar pepatah, “sikit-sikit lama-lama jadi bukit”. Huh, kalau ada duit banyak macam bukit tu memang tak tau nak kata apa. Sekarang ni memang semua benda nak guna duit. Ada orang boleh jadi gila sebab duit. Dan mungkin ada yang lupa diri sebab dah ada banyak sangat duit. Nauzubillahiminzalik. Minta-minta  dijauhkan Allah dari menjadi hamba yang lupa kepadaNya. Tapi, still pada pendapat aku kita kena berusaha jugak cari duit untuk memperbaiki hidup kita dan yang paling penting dengan cara yang mengikut syariat Allah.


Have you ever heard about pro-sumer?
Konsep pro-sumer ialah, dengan menukar KUASA BERBELANJA anda boleh memperolehi pendapatan dan mengubah masa depan. Ayat bukan main skema lagikan, kalau ada yang tak faham lagi pi cari buku baca.
Selama ni kita mungkin hanya sebagai konsumer. Aku pon sama dengan la. Selama ni beli barang, belanja duit, makin hari duit makin habis , yang dalam akaun pon terjejas tahap penurunan amaunnya dan kalau boleh menyimpan pon tak brapa nak banyak. Tu pun kalau yang jenis berjimat cermat macam aku, Alhamdulillah ada jugak duit simpan sikit2. Eceh, aku saja perasan sat naa. Sekali sekala.  :p
ok. sekarang apa salahnya kita cuba jadi pro-sumer, dimana kita berbelanja secara bijak dan secara tak langsung dapat menabung untuk menjadi salah satu sumber masa depan kita.

Have you ever heard about AMWAY?
Aku pon tak tau awal-awal dulu. Aku tak pernah dengar pon sampai la kakak aku duk pulun guna barang amway n sambil promote kat aku jugak untuk guna. Sekarang dah nak penuh rumah dia dengan barang amway. Daripada barang harian, ubat gigi, berus gigi, sabun mandi, sabun basuh baju, minyak hitam kereta…bla bla bla…ah. Lenguh jari aku tulis banyak-banyak. Tapi itulah salah satu kelebihan amway, barang dia sangat banyak and yang paling best ada produk nutrilite iaitu segala macam supplement untuk badan, hang cakap ja nak order apa. Hahaha. Sebelum tu aku nak bagitau AMWAY ni menggunakan system multi level marketing (MLM). Haa..ni mesti ada yang nak kata “apahal kau nak buat mlm macam dah takdak keja lain ja”. “ni  mesti haram ni, konsep mlm.” Sat na jgn pi dulu. Internet laju tak?? Haa..tengok video ni sat. pastu komen sikit.


Dari apa yang aku faham, konsep mlm ni tak haram selagi mana syarikat tu ada jual produk. Dan untuk pengetahuan semua, AMWAY ni memang ada banyak sangat produk nak dijual daripada bangun tido sampai nak tido balik . Dan bila kita pakai barang amway, kita akan dapat point yang boleh ditukar kepada cash. Biasa nya banyak jugak company lain kalau kita beli barang then point boleh tukar kepada barang lain macam payung, cawan, dan lain-lain.

Banyak sangat lagi nak cerita pasal amway, kalau ada yang berminat, jemputlah bertanya :p. you will have nothing to lose by know more ;) 

-ni antara produk-produk AMWAY-


Kenapa aku pilih Amway?
Banyak sangat sebab sebenarnya. Aku cerita sikitla naa. Aku ada cita-cita nak banggakan mak ayah aku, belajar sungguh2, nanti dah kerja nak bantu mak ayah sikit sebanyak paling kurang bagi duit bulanan, support umrah n kalau Allah bagi rezeki p haji skali. Mak aku memang duk menyimpan sikit2 dah hasil dari duet jual kuih bakar yang orang duk tempah jugak la buat makan untuk raya or kenduri. Ayah aku sekarang ni memang fully duk umah. Dah umur pencen dah pon n dulu usaha banting tulang buat bendang n jaga sawahh apa semua. Kalau nak tau macamana susah keja sawah,memang kena try dula la baru tau. Aku sendiri pon tak tau pasal tengok ja, tak rasa pon. Tapi memang kalau jenis malas guna tenaga,takut hitam dibaham dek matahari ka, memang keja tak jadi. Balik kampong tanam jagung la.. eh, *tetibe. Memang keluarga aku bukan jenis yang senang sangatla plus adik beradik pon agak ramai. Jadi amway ni boleh jadi satu cara untuk tingkat taraf hidup di masa depan. Dilahirkan miskin tak salah, tapi kalau kita biar jugak keturunan yang akan datang masih dibelenggu kemiskinan memang tak patut rasanya.
Sebab yang lain, aku tengok contoh terdekat kakak aku sendiri yang kerja makan gaji sekarang ni. Gaji dia boleh tahan la bagi aku tahap level tinggi jugakla. Tapi sayangnya ulang alik dari rumah ke tempat keja paling kurang 2jam. Tu pon belum kira dengan jammed yang dah memang menjadi lumrah penduduk2 kl.  Eceh.. memang tak tau nak kata la dah hari-hari ulang benda yang sama...anak ada dah dua comel-comel, tapi kena anta nursery pasal nak p keja cari duit kan. Itu cerita kakak aku la, banyak jenis ragam lagi dengan kerenah majikan. Kalau dapat yang ok Alhamdulillah,. aku ni pon belum tentu lagi dapat keja kat mana dah habis belajar nanti, dengan punya banyak kawan-kawan satu kos yang akan menuju ke arah bidang yang sama. insyaAllah, ada rezeki dapatla keja kat mana-mana, rezeki Allah luas. tapi kalau dari sekarang dah boleh start belajar cari duit untuk masa mendatang apa salahnya kan.
dah panjang gila berjela aku tulis, aku harap dapat memberi manfaat pada yang sudi membaca. Kepada yang macam berminat nak lebih tau, you are welcome to ask more ;D. please do not hesitate.
also can like this page Pasif Income Kita Bersama :D



<3 SHARING IS CARING <3



#entry-entry yang sebelum ni tak digalakkan baca. sebab sangat bosan. hahaha. wasallam

Sunday, February 17, 2013

...


                 
Cakap pasal privacy….pada pendapat aku setiap org ada privacy dia sendiri k0t. Bergantung pada masing-masing privacy dari aspek apa.….sesetengah orang, bilik dia pn dia nak ada privacy….
               
                ”hampa jgn suka2 nk mai blk ak, ni privacy ak 0k!!”
                 “xguna spa msk blk ak ni, xbca ka ak tulis besaq2 kt depan pintu, RUANG AKU SAJA!!! 
                  Dhla bg selerak mcm t0ngkang pecah..nk kna btl la niiiiiii!!...eh, bkn ke blk ak mmg dh slalu
                  macam ni =,='                               

                                                                   (-sekadar dialog rekaan dari budak hingusan-)

Tapi pada aku, n0 hal lah kalau pasal bilik ni. Tak kesah pon. Mungkin sebab dah biasa dari kecik bilik pon memang share-share je dengan kakak2.  Adik beradik ramai la katakan, keluarga pon tak brapa nak s0nang. So kira dah ada tilam bantal buat alas tid0q memang dah syukur sangat dah.

Satu benda yang aku kalau boleh memang nak bagitau satu dunia ialah aku memang tak suka and pantang orang duk ambik hp aku pastu sibuk nak baca mesej aku yang berkurun-kurun aku tak padam.  Lempang mau ka??? ( Ceh~ buat ganas plak aku ni kan….sekali-sekala). Aku tak kisah sangat pon kalau nak ambik f0n aku n geledah-geledah bagai, tapi tangan tu jangan duk gatai sangat nak check mesej la pe lah.  Biasa nya adik-beradik slalu wat camni. Geram w0h kadang-kadang tu, dah la baca msg orang pastu satgi tetibe ja dia duk ulang ayat mesej tu balik yang sepatutnya di privacy kan. Memang marah jugak la kannnnn. Marah-marah sayang gitu..

Tu suma zaman duk bercintan-cintun dulu lah. Duk asyik berkepit ja dengan hp. Kalau boleh kenyang makan mesej-mesej tu aku rasa dah 0bese k0t. Serius memang duk mesej  memanjang. Mana nak pi, suma nak pegang hp, tak b0leh nak lepas langsung.

Zaman skang, hp p0n aku buat tak tau ja. Campak ikut suka hati. Bila bosan- bosan nak dengar lagu baru letak depan mata. Mana tak nye, aku punya hp setakat boleh call, msg, dengar lagu, tangkap gambar, main games bengong-bengong boleh la. Orang lain dah ber fb, tweeter bagai dah guna hp.  Aku tak mampu lagi. Dan bagi aku buat masa skang ni suma tu bukan keperluan lagi bagi aku, Cuma sekadar kehendak. Banyak lagi kalau nak cerita bab privacy ni. Memang privacy ni ejaan omputih kan, tapi nampak macam familiar sikit. Mintak maaf la noh kot ada yang jenis anti bahasa rojak. Tapi, aku sorang ja pon duk menghadap blog ni, kira ok jelah kan hantam sesuka hati aku. –peace- 

p/s; dah tulis lama dah benda ni, kira-kira beberapa bulan yang lalu. dah lupa pon. but since aku kelebet? geledah folder yang ada, terjumpa la dengan picisan niii.

Rainy Day

dulu kecik-kecik ada jugak main hujan macam ni... dulu-dulu laa


It’s already the middle of february in 2013 and surprisingly the raining seasons is still on starting from the last december. Everyday is a rainy day. I am grateful to Allah for giving me opportunity to be in this temporarily world. How time flies so fast.  I am even still remember the day I am hanging out with my awesome friends during my secondary school. They are the most precious friends that I had met and will never ever forget until my last breath.. InsyaAllah. Throughout my college days, I made more friends that I feel comfortable to spend the day together. I got to know more and more people and somehow I felt really grateful to have them beside me and accompany me since my family are too far away from me. Actually, it is not too far because I need about 8 hours to get me home for a bus trip. But sometimes I am totally annoyed with the journey because I hate to sit in a very limited space for a very long time. And alone. T_T.

I only spent the holiday at hometown if it is more than 4 days. I never think of going back if it is only a weekend holiday. Yah it takes almost half of the day in the bus and in addition to that the ticket also not so cheap. Me not so rich maa, need to save laa.

This is actually just to be a short entry for the first one I had in this year. I am no good at writing, my story also not that interesting plus no one care pon lah. Hahaha

I think bahasa melayu suit me more. People who are expert either in writing or speaking English will feel bad if unfortunately just happen to read this piece of mine.

p/s; I am really appreciated if there is anyone that would like to correct me.
BAD WRITING HUH!!!! –essay from me that have like primary student writing. Hewhewhew J


akujdijih[a[dmdbv[appslqmsbcvja;nzudhfuioqnnd

aku suka hujan, tapi susah jugak nak jemur baju kan kalau setiap hari pon hujan.

Friday, November 30, 2012

Wake Up with SMILE

Bismillahirahmanirahim
Aku bangun lambat harini. Dalam pukul 9 pagi jugaklah. Ye..betul, aku tido balik lepas subuh tu pasal macam liat and pemalas nak bangun cepat especially today quite free... which is because NO CLASS for the whole  day. Lecturer aku yang bersifat agak keibuan selalu sangat dah pesan jangan tido balik lepas subuh. It is not good, rezeki susah nak masuk kan. Kau ni memang azizah dah tau tak bagus, tapi amalkan jugak. Ish3. Yela aku cuba la jugak sebenarnya tanak manjakan sangat diri ni. Ikut sangat nafsu nak tid0 tu padahal orang lain dah busy keluar cari rezeki pe semua. Biasa nya kalau dah jadi habit or tabiat harian tu yang susah nak ubah tu. Tapi dulu waktu cuti panjang kat rumah, aku tak adela nak tido melampau sangat. Mungkin perubahan tempat dan proses nak menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling ni. hehehe.. Banyak sungguh alasan kau ea azizah. Sudah, cukup cukup sudah..jangan kau nak mengada.. cepat-cepatlah berubah, masa tak menunggu sesapa.



Apa yang membuatkan aku duk sibuk-sibuk menaip depan laptop pagi ni ialah disebabkan mimpi aku yang agak awesome. Selalunya kalau mimpi tu pendek je cerita dia walaupon ambil masa sepanjang-panjang masa kita tido tu kan. Dan most probably akan lupa apa yang kita mimpi tu lepas kita bangun. Kalau ingat pon sikit-sikit jela + macam kabur-kabur je jalan cite pe semua. Tapi, pagi ni bangun aku boleh siap tersenyum lagi teringat pasal apa yang aku mimpi. Memang macam real sangat pelakon-pelakon dalam mimpi aku tu. Jalan cerita pon menarik kemain sampai aku rasa nak tido balik waktu bangun dah tadi sebab kot-kot boleh sambung balik pe bende yang aku mimpi tadi. hahaha... Boleh tahan jugak tahap ng0k kau ye azizah. Eh, de yang tak tahu maksud ng0k ke....hmmm.. die macam lebih kurang sama macam bangang jugak. Tak tahu lah aku mana yang lebih sopan. Nak cite bende yang aku mimpi pon rasanya boleh sampai tercedera jari-jari runcing aku ni.. cewahhh..lelebih pulak minah nih. Cerita yang tercipta dalam mimpi aku ni pon sebenarnya nampak sangat memang sekadar mainan tido je tapi dapat jugaklah buat aku tersenyum n tersengih sorang-sorang kejap  Lagipon pernah dengar orang cakap mimpi kalau cerita kat orang nanti tak boleh jadi kenyataan.. Waallahualam.. Kalau izin Allah nak bagi mimpi aku jadi kenyataan, alhamdulillah. Amin Ya Rabbal a'lamin. Dan kesimpulannya nak cakap, mimpi aku tu memang sangat AWESOME. 

# Ya Allah, Kau bantulah hamba Mu ini untuk berubah ke arah yang lebih baik sesungguhnya Engkau Yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu yang berlaku

                                   with love -<3

Thursday, November 29, 2012

I am Grateful

Bismillahirahmanirahim...dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.
segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, 
yang menguasai hari pembalasan
hanya kepadaMu, Ya Allah
kami menyembahMu, Ya Allah
hanya kepadaMu kami mohon pertolongan
tunjukkanlah kami jalan yang lurus 
iaitu jalan orang-orang yang Kau kurniakan nikmat kepada mereka
bukan jalan mereka yang dimurkai
dan bukan pula jalan mereka yang sesat.....






Comel sangat suara budak kecil yang dendangkan zikir ni. First time dengar, waktu tu aku just select random music dalam playlist dan dia tak tulis tajuk ape. Begitu sikit ilmu pengetahuan aku sampai dah ulang-ulang dengar alunan merdu ni, baru sedar lirik dia ialah  maksud surah al-Fatihah. see, cetak betul ilmu pengetahuan aku terutama dalam bab agama ni. Aku akui aku memang masih jauh untuk mengejar kesempurnaan di mata Allah. Tapi, kalau kita memang ada niat untuk sentiasa perbaiki diri kita, insyaallah Allah akan permudahkan dan sediakan jalan untuk kita.
Aku bersyukur sangat sebab dilahirkan dalam keluarga yang dah sememangnya mempunyai Islam sebagai agama dan memegang al-Quran serta hadis sebagai panduan hidup.
Dan sebagai menzahirkan perasaan syukur terhadap apa yang dimiliki pada hari ini, amat pentinglah untuk kita sentiasa perbanyakkan amalan bagi mendapatkan keredhaanNya disamping jauhi apa yang dilarang. Sebab apa semua ni penting???? supaya kita tidak hanya Islam di kad pengenalan atau borang-borang yang ada tanya pasal agama yang dipegang. Bukan nak berlagak macam ustazah ke apa, cuma menyatakan kebenaran yang kadang-kadang ada yang macam tak ambil kesah. Seriously aku memang harap sangat aku akan sentiasa ingat semua ni dan kalau boleh aku harap ada orang yang akan bantu ingatkan kalau aku lupa.
Biasala kan manusia ni memang selalu lupa. Tambah-tambah dah makin meningkat usia ni, semua benda nak lupa memanjang. hihi...memang rasa diri dah agak tua bila tengok kawan-kawan seusia yang dah kahwin dan dah ada anak lagi tu. Alhamdulillah jodoh depa awal plus dapat rezeki terbesar iaitu anak lagi. Gembira dan senang hati aku untuk kawan -kawan yang sedang menjalani kehidupan bersama keluarga tersayang.

#Ya Allah, Kau bantulah hamba-hamba Mu yang lemah, seseungguhnya Engkaulah tempat kami memohon pertolongan. Amin

                                                                                     with love <3

Sunday, June 24, 2012

Contengan di petang hari

Assalamualaikum buat yg sudi membaca coretan dan contengan dari insan biasa yg byk kekurangan ni. Its been long time since the holiday was started. Tengok aku ni bi tak bagus mana p0n tapi suka sgt belasah ikut suka je apa yg terlintas. Dulu waktu bercinta pernah suh my partner betulkan grammar skt2.. hahaha..memang tak de keje kan. Aku ada je blajar English kt sk0lah kt asasi sume..nak kta teruk sgt tu tak k0t, tapi dalam byk2 benda aku blajar, part2 grammar in English ni slalu sgt  jd pr0blem kt aku. So, setiap msa selalu ingtkan diri n cuba jgk improve kan lg bi ni. Dah start bca n0vel bi jugak atas dorongan kwn. Its fun to know more vocabulary. Dulu aku xminat sgt nak bca crita2 panjang mcm novel ni..sebulan p0n kadang2 belum tentu habis bca satu n0vel. Skang dah maju skit la..n advance sbb novel bi p0n de bca. Tp,klo bi yg thriller ok laa…Actually aku wat entry ni bukan sbb nak wat campaign kuasai English ke pe…tp, biasa la aku ni mmg slalu ikut jalan berliku2 sikit. Jauh berjalan luas pemandangan n banyak pengalaman la kan nanti kita dapat..


Disebabkan dah start jd pembantu suri rumah dah hampir sebulan ni kira rutin harian p0n lebih kurang sama ja setiap hari. N disebabkan jugak malas nak perabis duet bayar broadband tetiap bulan maka memang jarang beben0r la teman nak ber0nline kan. Tp, tak kesah lah dah rasa bahagia sgt dah duk kt umah tercinta ni. Aku dpt title pembantu jelah k0t..sebab aku tolong skt2 ja suri rumah sebenar which is madam besaq umah ni MAK aku. Basuh pinggan, basuh bj smpai ke lipat bj suma under aku sapu2 umah skt2,jd driver mak aku+ bwk brg masa p pekan/pasar, n last skali yg paling penting tlg tengok mak aku masak. Dalam banyak2 keja umah..memasak mmg aku tak brapa nak pass lagi k0t so, bleh tlg tengok n tlg sedia2 bahan jela. Ni memang benar n tiada yang benar melainkan yg sebenar2 belaka sumanya. Aku duk tanya jugak kt mak aku bila nak masak2 tp, aku tak brapa nak yakin kl0 nak masak kt orang. Tak tau la bila nak mai rasa c0nfident nya itu p0n. Hahaha… setakat2 g0reng2 bleh la settle wt masa skang. Pelan2 kayuh la n0hh…


Hari tu sebelum start cuti duk fikiaq la nak wat keja pa cari duet kali ni. Memang sebelum ni pantang ada cuti lbh sebulan mmg aku xlepas peluang memnbanting tulang 4 kerat aku ni k0non2 power n boleh ja wat keja mcm org laen gak. Maka aku pernah la ada pengalaman menjadi pekedai runcit, gadis kilang n baby sitter for my niece. Tapi, kali ni disebabkan start2 cuti ari2 kakak aku dah selamat melahirkan se0rang baby boy yg c0mel mohamad aliff haziq nma dia..aku p0n bersenang2 la kt umah ni smbil carried 0ut keja2 pembantu surirumah mcm biasa. Malas plak nak g migrate ke umah kakak aku either kt kl or penang tu so, skang dah nak sebulan cuti but ak end up kt umah ak kt kg ni jaa. Rasa mcm nak try minx cikgu ganti kt sk0lah rendah mana2 tp kawan aku ckp slalu dia akan resp0ns dlm sebulan kemudian cm2. S0, xpelah kl0 ada rezeki adala k0t. kl0 takdak p0n xpala kira aku tlg mak aku urus umah n jaga kakak n anak dia kt umah jela. Memang umah sendiri adalah yang terbaek dari mana2 tempat p0n. kira xdelah nak rsa terkilan or feeling2 laen yg sewak2 dengannya sbb tak dapat wt part time kan..


Disamping itu aku sebenarnya tengah tunggu jugak the special day for us to create precious moment together. K0rang sume bz lagi dgn life masing2 kan…its okay. I will wait n really hope that we can spent time together bila korang free nanti. Aku memang gle berharap bleh gather2 walaup0n sekejap. Ayat aku memang berterabur sgt dah ni… tula orang ckp perasaan yg susah nak diungkap dgn kata2. tu yang dah xbrapa betol suma benda nak terkeluar.  Moga Allah izinkan n permudahkan pertemuan kita nanti. Amin….

dah lama tak hujan kt cni...but still the evening at this sweet home sgt damai n aman sebab kt kg mmg feeling die laen mcm skt tambah2 klo dapat berkayuh2 sekejap di halaman umah..


 -____*
ni pemandagan belakang umah aku.... memang nampak gunung p0n
GUNUNG SEMANGGOL nama dia k0t.. =)


Saturday, May 12, 2012

Jimat bukan kedekut

Salam hari sabtu buat semua. Tetibe je teringat and terfikir balik tentang satu perkara ni yang selalu jugak la orang duk kata kat aku. Mak aku pernah cakap jugak kat aku pasal benda ni, so macam  memang tak boleh nak nafikan lagi dah kot. Al-maklumlah, aku ni jenis rapat sikit dengan mak…kira mak aku ni antara orang yang boleh faham aku dan tempat aku berkasih sayang sepenuhnya laa dan disamping cuba menjadi pendengar yang terbaik utk semua luahan2 hati mak aku.…begitulah ceritanya.            sobs3.. tiba-tiba rasa nak berlinang pulak air mata ceq. Sedih jugak laaaa…teringat pulak kt mak yg kt kg sekarang ni.. tengah buat apa la agaknya petang ni. (sambil tengok langit duk terbayang mak aku bengai memancing ikan, tak pon duk bagi kambing makan)

aku nak buat satu p0st khas untuk mak aku. Jadi disebabkan terlalu special dan istimewa, aku rasa agak2 paling cepat p0n mau makan masa setahun nak karang. Ceh!!! K0 ni azizah, sembang banyak…kalau dah lama camtu, sampai dah boleh lahir anak sorang dah…baek tunggu hari ibu yang tahun depan jaa. Senang crita. Kuikuikui…tak pa,tak pa...hari2 hari ibu,hari ibu hari2.. banyak sangat sebenarnya kalau nak tulis pasal heroin @ idola wanita dalam hidup aku ni. Aku kalau tepon mak, banyak ja benda mak aku nak bagitau. Kira orang kata memang tak pernah kering idea laa. Agaknya kalau mak aku rajen menulis, boleh jadi blogger of the year agaknya….perghhh!!macam syok plak bila aku fikir.

Haaa….perasan tak, aku sebenarnya tak mention pon lagi apa yang orang duk kata pasal aku yang aku duk gembaq gembuq bukan main lagi kat atas tu. Duk menyesat ja keja. Kahkahkah… -amboi AZIZAH gelak besaq nampak, ingat2 sikit final awak dah tak brapa hari dah ni.. insaf-insaf sikit ea. Tak elok gelak2 besaq ni.. banyak-banyak berzikir lagi baek..(pesan diriku kepada diriku sendiri.. ehh=,=…. Tu yang jadi CAPS LOCK kt nama aku tu). Cakap jangan tak serupa bikin na,kalau mau nasihat orang sendiri mau buat dulu laa, baru syok sikit rasa..orang laen pon senang nak terima.

0k dah…panjang sangat part intro ni, kalau duk tulis lagu ni waktu f3 dulu mau dah kena bagi tanda "?" yang besaq punyaaa… kenapa form 3?? Sebab tiba –tiba aku teringat cikgu noraini dulu ajar bm. Sepotong doa ikhlas buat kesejahteraan cikgu dunia+ akhirat. Cerita dia macam ni sebenarnya. Aku ni jenis berkira sikit sebenarnya… banyak pulak nak tulis SEBENARNYA. Memang sebenar2nya lah aku ni jenis yang nak keluar duet beli apa2 duk fikir dua tiga kali, belanja harian catat dalam buku akaun, hujung bulan buat kira – kira, perbelanjaan bulanan ikut badget tak. Kalau exceed, next month punya budget kena potong kurangkan. Haaa.. ada tak sapa2 yang nak rasa kagum or nak kata sewel ka apa pasal minah ni. Mungkin ramai ja lagi yang jenis mcm budak p0mpuan sorang ni. Tapi, bukan nak kata laaa… memang simpanan jangan tanya brapa la. C0nfirm aku tak cakap punya. Dan satu lagi yang penting, ni zaman lepas2 punya…nafsu nak beli2 barang tu kira tak brapa nak ada. 

La niii, banyak pulak emergency money yang nak kena keluar. Tiba-tiba nak guna duet banyak plak, beli itu ini. Tiba- tiba ja nak "eh,cantiknye tu...hmm..beli jelah". Dan ayat tu terulang-ulang banyak kali la pulak. So, sekarang ni aku berazam (eh, dah tengah tahun baru nk berazam2 ke awak)..YAAA..aku nak berazam supaya kehidupan aku dari aspek kewangan boleh kembali seperti dulu. Tak kisah la k0t ada orang nak kata aku kedekut taik hidung masin ka, berkira bukan main kaa...suma tu nak tolak tepi,p jauh2 sikit. Sebab aku kalau boleh, tak nak mintak duet mak ayah aku. Memang dari dulu aku jarang mintak duet kat mak ayah kecuali kalau memang penting sangat nak guna. Bukan nak belagak bagus or badget baek ka apa, cuma keluarga aku tak brapa nak senang sangat laa sampai boleh p kfc bila2 ja hang nak. ni waktu zaman aku budak2 la kan. Bilamana ayah aku keja banting tulang 4 kerat cari duet nak sara 1 family aku. Skang ni zaman anak2 plak kena berjasa since ayah aku dah bersara dah dari duk buat padi and jaga sawah suma tu. Memang la duet tak boleh beli kasih sayang, tapi kalau tak dak duet macam mana aku nak beli tiket blk kg jumpak mak ayah aku. Pi and balik dari kuantan-kamunting ja dah seratus. pandai2 la fikir penting ka tak penting duet ni. Dan aku sebenarnya memang nak ja bagitau kat sapa yang duk tanya cara aku blanja ni, AKU nak JIMAT,BUKAN KEDEKUT. 


kenapa dia kta marshmallows eh??  marshmallows=happiness???
tak pa lah, nanti aku fikir laen.


#mak aku pesan, jimat2 jugak..tapi bab makan jangan nak berkira sangat. 
p/s..tak tau pasai apa duk keluaq loghat utara tang sini,padahal slalu xguna p0n.=)