Friday, November 30, 2012

Wake Up with SMILE

Bismillahirahmanirahim
Aku bangun lambat harini. Dalam pukul 9 pagi jugaklah. Ye..betul, aku tido balik lepas subuh tu pasal macam liat and pemalas nak bangun cepat especially today quite free... which is because NO CLASS for the whole  day. Lecturer aku yang bersifat agak keibuan selalu sangat dah pesan jangan tido balik lepas subuh. It is not good, rezeki susah nak masuk kan. Kau ni memang azizah dah tau tak bagus, tapi amalkan jugak. Ish3. Yela aku cuba la jugak sebenarnya tanak manjakan sangat diri ni. Ikut sangat nafsu nak tid0 tu padahal orang lain dah busy keluar cari rezeki pe semua. Biasa nya kalau dah jadi habit or tabiat harian tu yang susah nak ubah tu. Tapi dulu waktu cuti panjang kat rumah, aku tak adela nak tido melampau sangat. Mungkin perubahan tempat dan proses nak menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling ni. hehehe.. Banyak sungguh alasan kau ea azizah. Sudah, cukup cukup sudah..jangan kau nak mengada.. cepat-cepatlah berubah, masa tak menunggu sesapa.



Apa yang membuatkan aku duk sibuk-sibuk menaip depan laptop pagi ni ialah disebabkan mimpi aku yang agak awesome. Selalunya kalau mimpi tu pendek je cerita dia walaupon ambil masa sepanjang-panjang masa kita tido tu kan. Dan most probably akan lupa apa yang kita mimpi tu lepas kita bangun. Kalau ingat pon sikit-sikit jela + macam kabur-kabur je jalan cite pe semua. Tapi, pagi ni bangun aku boleh siap tersenyum lagi teringat pasal apa yang aku mimpi. Memang macam real sangat pelakon-pelakon dalam mimpi aku tu. Jalan cerita pon menarik kemain sampai aku rasa nak tido balik waktu bangun dah tadi sebab kot-kot boleh sambung balik pe bende yang aku mimpi tadi. hahaha... Boleh tahan jugak tahap ng0k kau ye azizah. Eh, de yang tak tahu maksud ng0k ke....hmmm.. die macam lebih kurang sama macam bangang jugak. Tak tahu lah aku mana yang lebih sopan. Nak cite bende yang aku mimpi pon rasanya boleh sampai tercedera jari-jari runcing aku ni.. cewahhh..lelebih pulak minah nih. Cerita yang tercipta dalam mimpi aku ni pon sebenarnya nampak sangat memang sekadar mainan tido je tapi dapat jugaklah buat aku tersenyum n tersengih sorang-sorang kejap  Lagipon pernah dengar orang cakap mimpi kalau cerita kat orang nanti tak boleh jadi kenyataan.. Waallahualam.. Kalau izin Allah nak bagi mimpi aku jadi kenyataan, alhamdulillah. Amin Ya Rabbal a'lamin. Dan kesimpulannya nak cakap, mimpi aku tu memang sangat AWESOME. 

# Ya Allah, Kau bantulah hamba Mu ini untuk berubah ke arah yang lebih baik sesungguhnya Engkau Yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu yang berlaku

                                   with love -<3

Thursday, November 29, 2012

I am Grateful

Bismillahirahmanirahim...dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.
segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, 
yang menguasai hari pembalasan
hanya kepadaMu, Ya Allah
kami menyembahMu, Ya Allah
hanya kepadaMu kami mohon pertolongan
tunjukkanlah kami jalan yang lurus 
iaitu jalan orang-orang yang Kau kurniakan nikmat kepada mereka
bukan jalan mereka yang dimurkai
dan bukan pula jalan mereka yang sesat.....






Comel sangat suara budak kecil yang dendangkan zikir ni. First time dengar, waktu tu aku just select random music dalam playlist dan dia tak tulis tajuk ape. Begitu sikit ilmu pengetahuan aku sampai dah ulang-ulang dengar alunan merdu ni, baru sedar lirik dia ialah  maksud surah al-Fatihah. see, cetak betul ilmu pengetahuan aku terutama dalam bab agama ni. Aku akui aku memang masih jauh untuk mengejar kesempurnaan di mata Allah. Tapi, kalau kita memang ada niat untuk sentiasa perbaiki diri kita, insyaallah Allah akan permudahkan dan sediakan jalan untuk kita.
Aku bersyukur sangat sebab dilahirkan dalam keluarga yang dah sememangnya mempunyai Islam sebagai agama dan memegang al-Quran serta hadis sebagai panduan hidup.
Dan sebagai menzahirkan perasaan syukur terhadap apa yang dimiliki pada hari ini, amat pentinglah untuk kita sentiasa perbanyakkan amalan bagi mendapatkan keredhaanNya disamping jauhi apa yang dilarang. Sebab apa semua ni penting???? supaya kita tidak hanya Islam di kad pengenalan atau borang-borang yang ada tanya pasal agama yang dipegang. Bukan nak berlagak macam ustazah ke apa, cuma menyatakan kebenaran yang kadang-kadang ada yang macam tak ambil kesah. Seriously aku memang harap sangat aku akan sentiasa ingat semua ni dan kalau boleh aku harap ada orang yang akan bantu ingatkan kalau aku lupa.
Biasala kan manusia ni memang selalu lupa. Tambah-tambah dah makin meningkat usia ni, semua benda nak lupa memanjang. hihi...memang rasa diri dah agak tua bila tengok kawan-kawan seusia yang dah kahwin dan dah ada anak lagi tu. Alhamdulillah jodoh depa awal plus dapat rezeki terbesar iaitu anak lagi. Gembira dan senang hati aku untuk kawan -kawan yang sedang menjalani kehidupan bersama keluarga tersayang.

#Ya Allah, Kau bantulah hamba-hamba Mu yang lemah, seseungguhnya Engkaulah tempat kami memohon pertolongan. Amin

                                                                                     with love <3