segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
yang menguasai hari pembalasan
hanya kepadaMu, Ya Allah
kami menyembahMu, Ya Allah
hanya kepadaMu kami mohon pertolongan
tunjukkanlah kami jalan yang lurus
iaitu jalan orang-orang yang Kau kurniakan nikmat kepada mereka
bukan jalan mereka yang dimurkai
dan bukan pula jalan mereka yang sesat.....
Comel sangat suara budak kecil yang dendangkan zikir ni. First time dengar, waktu tu aku just select random music dalam playlist dan dia tak tulis tajuk ape. Begitu sikit ilmu pengetahuan aku sampai dah ulang-ulang dengar alunan merdu ni, baru sedar lirik dia ialah maksud surah al-Fatihah. see, cetak betul ilmu pengetahuan aku terutama dalam bab agama ni. Aku akui aku memang masih jauh untuk mengejar kesempurnaan di mata Allah. Tapi, kalau kita memang ada niat untuk sentiasa perbaiki diri kita, insyaallah Allah akan permudahkan dan sediakan jalan untuk kita.
Aku bersyukur sangat sebab dilahirkan dalam keluarga yang dah sememangnya mempunyai Islam sebagai agama dan memegang al-Quran serta hadis sebagai panduan hidup.
Dan sebagai menzahirkan perasaan syukur terhadap apa yang dimiliki pada hari ini, amat pentinglah untuk kita sentiasa perbanyakkan amalan bagi mendapatkan keredhaanNya disamping jauhi apa yang dilarang. Sebab apa semua ni penting???? supaya kita tidak hanya Islam di kad pengenalan atau borang-borang yang ada tanya pasal agama yang dipegang. Bukan nak berlagak macam ustazah ke apa, cuma menyatakan kebenaran yang kadang-kadang ada yang macam tak ambil kesah. Seriously aku memang harap sangat aku akan sentiasa ingat semua ni dan kalau boleh aku harap ada orang yang akan bantu ingatkan kalau aku lupa.
Biasala kan manusia ni memang selalu lupa. Tambah-tambah dah makin meningkat usia ni, semua benda nak lupa memanjang. hihi...memang rasa diri dah agak tua bila tengok kawan-kawan seusia yang dah kahwin dan dah ada anak lagi tu. Alhamdulillah jodoh depa awal plus dapat rezeki terbesar iaitu anak lagi. Gembira dan senang hati aku untuk kawan -kawan yang sedang menjalani kehidupan bersama keluarga tersayang.
#Ya Allah, Kau bantulah hamba-hamba Mu yang lemah, seseungguhnya Engkaulah tempat kami memohon pertolongan. Amin
with love <3
No comments:
Post a Comment